Jenazah dua beradik mati lemas dikebumi satu liang lahad

Jenazah dua beradik mati lemas dikebumi satu liang lahad

JENAZAH dua beradik yang ditemukan lemas selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jeram, Manir, Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jenazah dua beradik, Nur Shahila Shahirah Azman,12, dan kakak tirinya, Nur Afiqah Shahirah Mohd. Shawalludin,15, yang ditemukan lemas petang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jeram, Manir, di sini hari ini.

Kedua-dua jenazah sebelum itu disembahyangkan di Surau Saidina Umar Pasar Jeram, Manir. Terdahulu, jenazah dibawa dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Zainal Abidin HOSZA, Kuala Nerus selepas proses bedah siasat selesai awal pagi ini.

Jenazah Nur Afiqah Shahirah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Rahman Limbong dan Nur Shahila Shahirah, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong dikebumikan pada pukul 2.50 petang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang semalam, kegembiraan empat sekawan mandi di sungai berkenaan bertukar tragedi apabila dua daripada mereka dihanyutkan arus ketika cuba menyelamatkan rakan yang dipercayai lemas.

Dua lagi rakan mangsa, Nurul Ain Fatihah Mohd. Zamri, 12, dan Noor Shaqira Abdul Fatah, 12, dapat diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Mayat Nur Shahila Shahirah dan Nur Afiqah Shahirah ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) berhampiran antara satu sama lain di dasar sungai pada kedalaman kira-kira tujuh meter dan jarak 50 meter dari tebing sungai kira-kira pukul 6 petang semalam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN