CEO Apple, Tesla sertai lawatan Trump ke China

CEO Apple, Tesla sertai lawatan Trump ke China

CEO Apple, Tim Cook (kiri) dan pemilik Tesla, Elon Musk (kanan).- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, membawa ramai eksekutif terkemukan dan industri perniagaan dan teknologi dalam lawatan beliau ke China minggu ini.

Antara yang menyertai lawatan rasmi presiden ke Beijing termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, pengasas SpaceX dan Tesla, Elon Musk, Larry Fink dari BlackRock, serta eksekutif lain dari Meta, Visa, JPMorgan, Boeing, Cargill dan beberapa syarikat besar lain.

Secara keseluruhan, 17 eksekutif AS akan menyertai Trump dalam lawatan tersebut, menurut seorang pegawai Rumah Putih yang mengetahui perkara itu kepada BBC.

Lawatan itu dilihat penting bagi AS ketika Trump dijadual bertemu Presiden Xi Jinping dalam keadaan ketegangan ekonomi dan teknologi antara kedua-dua negara semakin meningkat.

Ketua Nvidia, Jensen Huang, yang syarikatnya menjadi antara pusat pertikaian persaiangan AS-China dalam bidang cip komputer dan kecerdasan buatan (AI), tidak tersenarai dalam delegasi itu.

Namun, dalam perkembangan mengejutkan, Huang dilihat menaiki pesawat Air Force One yang menuju ke Beijing ketika ia singgah untuk mengisi minyak di Anchorage, Alaska.

“Jensen hadir ke sidang kemuncak itu atas jemputan Presiden Trump untuk menyokong Amerika dan matlamat pentadbiran,” kata jurucakap Nvidia kepada BBC.

Turut menarik perhatian ialah penyertaan Ketua Pegawai Eksekutif Micron Technology, Sanjay Mehrotra, dalam delegasi Trump.

Kehadirannya dianggap signifikan kerana Beijing pada 2023 mengehadkan penggunaan beberapa cip Micron dalam infrastruktur kritikal atas alasan keselamatan negara, langkah yang menurut syarikat itu menjejaskan perniagaannya di China.

Semikonduktor kekal menjadi teras hubungan ekonomi AS-China, walaupun ketegangan berterusan mengenai teknologi dan kawalan eksport.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN