Ambil peluang daripada rezeki terpijak - Utusan Malaysia

Ambil peluang daripada rezeki terpijak

PARLER telah digantung daripada laman muat turun aplikasi, App Store dan Play Store selama empat bulan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PANDEMIK Covid-19 dikatakan telah memberikan rezeki terpijak kepada syarikat pengeluar sarung tangan dan pelitup muka apabila barangan mereka mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Untuk menampung permintaan, mereka terpaksa membesarkan kilang dan menambah bilangan pekerja.

Bagaimanapun, saya mendapati banyak rezeki terpijak lain yang tidak diambil kesempatan oleh usahawan kita terutama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Misalnya, ketika pemilihan jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) pada November tahun lalu, Twitter penyandang jawatan itu, Donald Trump telah disekat kerana dikatakan menyebarkan berita tidak benar mengenai penipuan undi.

Akibatnya, pengikut Twitter beliau yang berjumlah 89 juta orang terpaksa mencari platform lain untuk berkomunikasi. Trump juga mempunyai 33 juta pengikut di Facebook dan 24.6 juta di Instagram yang turut disekat.

Usahawan yang bijak akan mengambil kesempatan untuk menyediakan platform pengganti Twitter, Facebook dan Instagram serta meraih keuntungan daripada pendapatan iklan.

Kita mempunyai kelebihan kerana undang-undang AS tidak boleh dikuat kuasa di negara ini seperti tindakan yang dikenakan terhadap Parler kerana cuba menjadi aplikasi alternatif kepada pengikut Trump. Parler juga telah digantung daripada laman muat turun aplikasi, App Store dan Play Store.

Usahawan kita nampaknya tidak terlalu bijak dan pantas, kerana mereka gagal merebut peluang itu.

Diharapkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dapat membantu usahawan kita merebut rezeki terpijak terbabit termasuk menyediakan pusat data canggih seperti di Nevada, AS dan Hohhot, China yang boleh disewa mereka.

MINAH KARAN
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya