Bumiputera jangan lupa sertai Pro-Cat - Utusan Malaysia

Bumiputera jangan lupa sertai Pro-Cat

GAMBAR sebahagian peserta program Pro-Cat yang telah diadakan pada 10 dan 11 April lalu di Bayview Beach Resort, Batu Feringghi, Pulau Pinang. - IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENINGKATAN keperluan katering dalam kalangan masyarakat untuk acara keluarga dan rasmi mendorong ramai usahawan menceburi industri makanan.

Industri makanan dijangka berkembang dengan baik pada tahun ini. Sehubungan itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memperuntukan RM4.79 bilion dalam Belanjawan 2021 bagi memulihkan setiap rantaian bekalan makanan.

Dalam pada itu, akibat terkesan dengan pandemik Covid-19, ramai yang menceburi industri makanan sebagai sumber pendapatan.

Bagaimanapun, kebanyakan pengusaha terbabit hanya melihat kepada peluang perniagaan dan keuntungan tanpa melengkapkan diri mereka terlebih dahulu dengan ilmu pengendalian makanan yang tepat.

Tanpa ilmu pengendalian makanan, ia akan menimbulkan ketidakselesaan tetamu sepanjang majlis dan lebih-lebih lagi jika ia melibatkan tetamu kehormat dalam acara rasmi.

Oleh itu, sudah sampai masa usahawan bumiputera dalam industri makanan mengikuti program Profesional Katering (Pro-Cat) yang dibangunkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama beberapa pihak lain.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada usahawan terbabit mempelajari selok-belok industri makanan beroperasi, kaedah pengendalian makanan serta cara melayan dan menghormati tetamu.

Selain itu, semua peserta program juga diberi kesedaran tentang pentingnya kebersihan dan keselamatan makanan serta minuman seperti termaktub dalam Seksyen 34 Akta Makanan 1983.

Akta berkenaan memperuntukkan kompaun sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

Program Pro-Cat turut memberi tumpuan memperkasakan pengusaha wanita dalam perusahaan katering supaya dapat terus melangkah maju daripada golongan berpendapatan rendah (B40) kepada berpendapatan pertengahan (M40) dan seterusnya menjadi golongan berpendapatan teratas (T20).

DR. LEYLAWATI JOREMI
UiTM Puncak Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya