PERIKATAN Nasional (PN) kini berdepan fasa paling mencabar dalam sejarah penubuhannya apabila isu berkaitan pemilikan jenama, penggunaan logo serta hala tuju gabungan itu mula menjadi pertikaian terbuka antara dua parti terasnya iaitu Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Perkara ini berlaku selepas Pas memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu yang terjalin sejak penubuhan PN kira-kira enam tahun lalu. Pada awalnya dilihat sebagai isu teknikal berkaitan strategi pilihan raya, kini berkembang…










