MUKADIMAH PADI merupakan tanaman nombor satu negara, namun hakikat yang terpaksa ditelan golongan pesawah yang bertungkus-lumus menghasilkan beras adalah pendapatan mereka tidak pernah terjamin. Malah antara golongan yang dikaitkan dengan kemiskinan. Tekanan kos yang semakin menghimpit, ketidaktentuan cuaca serta pelaksanaan dasar yang dilihat belum menyeluruh terus membelenggu nasib pesawah. Dalam keadaan kadar sara diri (SSR) beras masih di bawah paras selamat, kebimbangan terhadap jaminan bekalan makanan negara semakin ketara. Situasi…










