SAYA tidak mengenali pengarang K. Siladass secara peribadi. Saya juga tidak pernah berpeluang membaca karya Tamil beliau. Maka, apabila manuskrip kumpulan cerpen terjemahan ini sampai ke tangan saya pada April lalu, saya berpeluang membaca dan menilainya secara penuh objektif sebelum terbit dalam bentuk buku. Sebagai pengasas Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) yang menggalakkan penulis kaum India menghasilkan karya sastera kebangsaan, saya turut menyokong usaha karya bahasa Tamil mendokumentasi sejarah, budaya, perjuangan,…










