PENGUMUMAN rasmi antara Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia pada pertengahan 15 April lepas mengenai penubuhan Perkongsian Kerjasama Pertahanan Utama (MDCP) disambut sebagai langkah memperkukuh hubungan keselamatan dua hala. Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth dan rakan sejawatnya dari Indonesia, Sjafrie Sjamsoeddin bertemu di Pentagon untuk mengesahkan komitmen bersama bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau Indo-Pasifik. Namun di sebalik gembar-gembur kerjasama pemodenan tentera, latihan bersama dan perkongsian teknologi, tersembunyi satu naratif…










