KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuching yang menolak tuntutan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) untuk mencabar mendapatkan semula jaminan bank berjumlah RM7.95 juta Petroliam Nasional Berhad (Petronas) pada 25 Februari lalu membuka kembali persoalan lebih besar tentang kematangan federalisme Malaysia. Isu penyelarasan bidang kuasa antara Petronas dan Petros semakin ketara sekitar Oktober tahun lalu melangkaui isu tuntutan kewangan atau perlesenan operasi petroleum. Ia menyentuh hubungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam kerangka…










