HASRAT Malaysia untuk beralih ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan bernilai tambah bergantung secara asas kepada kualiti, kebolehsuaian dan kerelevanan modal insan negara. Ketika negara memasuki fasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), peranan pendidikan tinggi menjadi semakin strategik bukan sekadar sebagai penyedia kelayakan akademik, tetapi sebagai pemacu utama pembentukan produktiviti, inovasi dan daya tahan ekonomi jangka panjang. Dalam konteks ini, Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 berfungsi sebagai instrumen dasar…










