ZAMAN ledakan teknologi ini secara idealnya memudahkan masyarakat dunia. Perkara sukar yang perlu dilakukan secara fizikal kini dirangkumkan dan boleh diuruskan dengan hanya satu klik pautan sahaja. Pada masa sama, ledakan teknologi yang sepatutnya membantu urusan manusia sering disalah guna dan dijadikan alat untuk menipu dan merompak harta ahli-ahli masyarakat yang tidak bersalah. Jenayah ini seperti tiada penghujung atau seolah-olah tiada keutamaan dalam menangani masalah ini. Pada 2025 sahaja dilaporkan…










