UPACARA ‘menurun’ atau trance bukan sesuatu yang baharu dalam kalangan orang India dan Cina. Sama ada seorang sami atau bomoh ‘menurun’ untuk mengubati penyakit, atau orang awam mengalami trans atau sawai, sudah menjadi sebahagian budaya dan kepercayaan dalam komuniti. Semasa perayaan keagamaan di kuil pula, sering kali penganut beragama Hindu mengalami trans, sama ada atas kerelaan atau di luar kawalan. Dari segi perubatan dan psikiatri, gangguan sawai dan kerasukan (trance and possession…










