MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, menyatakan hampir 50 peratus jemaah yang ditawarkan kuota tunai haji 2025 menolak tawaran akibat kekangan kewangan, manakala lebih 53 peratus pendeposit Tabung Haji (TH) memiliki simpanan kurang RM1,300. Terdapat juga pandangan yang menyatakan TH semakin kurang dilihat sebagai tempat simpanan yang konsisten dan kompetitif, terutama bagi golongan yang mahu menabung untuk haji. Kenyataan tersebut membawa mesej jelas…










