MUSIM tengkujuh yang melanda Perlis pada penghujung November baru-baru ini sekali lagi menguji ketabahan rakyat negeri itu. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air. Pada 27 November, rekod perpindahan terbesar dicatatkan dengan 7,533 mangsa ditempatkan di 23 PPS, angka yang memberi tekanan besar kepada agensi penyelamat, pasukan keselamatan serta pihak berkuasa tempatan yang bertungkus-lumus memastikan keselamatan nyawa…










