MUSIM konvokesyen dianggap detik paling gemilang dalam kitaran pendidikan tinggi. Universiti meraikan graduan yang menamatkan pengajian, ibu bapa penuh bangga, manakala masyarakat menyaksikan pencapaian intelektual generasi baharu. Namun, di sebalik sorakan dan jambangan bunga, tersembunyi realiti membimbangkan apabila graduan menghadapi cabaran sebenar menempatkan diri dalam pasaran kerja. Isu utama bukan sekadar pengangguran tetapi ketidaksepadanan pekerjaan dan pekerjaan bawah kelayakan. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, hampir 32.2 peratus graduan bekerja di bawah…










