SELAIN daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dan pemergian abadi Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, perbualan politik tanah air sejak beberapa minggu kebelakangan ini semakin rancak membincangkan kemungkinan rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun tiada tarikh rasmi diumumkan, pemerhati politik dan masyarakat umum menjangkakan beberapa perubahan besar, terutamanya dalam portfolio yang dilihat berdepan tekanan dan kritikan awam. Keputusan Perdana Menteri dijangka dipengaruhi beberapa faktor…










