TUGAS dan ketegasan sebagai Ketua Agama Islam serta adat dan istiadat Melayu tidak membuatkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah meminggirkan tanggungjawab memastikan kemakmuran negeri ini. Malah, pembangunan dan manfaatnya dipastikan dapat dinikmati segenap lapisan rakyat dalam pelbagai aspek mengikut latar belakang dan usaha-usaha yang dilakukan untuk meraih peluang-peluang hasil kemakmuran negeri ini. Di bawah naungan raja berjiwa rakyat, Selangor terus berdiri sebagai negeri termaju di Malaysia dengan rekod pembangunan…










