PARLIMEN atau Dewan Rakyat memang suatu tempat yang istimewa. Di sinilah segala hal berkaitan dengan peraturan mentadbir negara dibentang, digubal, dibincang dan dibahas sebelum ia diangkat menjadi garis panduan untuk mengawal selia kita semua sebagai rakyat. Di Parlimen segala hal berkaitan dengan isu-isu rakyat dibangkit dan dicari jalan penyelesaian. Daripada sekecil-kecil isu, sampai kepada yang besar-besar hingga membawa kepada penggubalan atau pindaan akta. Sebab itu, mereka yang bergelar ahli Parlimen…










