Dengan rekod bilangan calon dan parti bertanding yang begitu besar, perebutan untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini menjadi bertambah sengit. Seramai 595 orang calon yang mewakili 24 buah parti, termasuk 74 orang calon Bebas berentap bagi merebut 73 kerusi DUN yang dipertandingkan. Ada juga kerusi yang mempunyai sehingga 14 calon bertanding. Bilangan parti yang begitu besar tambah merancakkan lagi perang bendera di seluruh Sabah bagi menzahirkan kehadiran…









