PERTEMBUNGAN sehingga 14 penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid bukan sekadar berita panas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Ia adalah potret sebenar betapa dinamik dan rumitnya politik negeri itu. Dengan 596 calon bertanding, rekod tertinggi dalam sejarah PRN, negeri ini sekali lagi muncul sebagai gelanggang politik yang paling warna-warni, kompetitif dan menunjukkan keunikan budaya politik tempatan. Namun di sebalik angka luar biasa itu, lahirlah persoalan yang lebih…









