PERPADUAN nasional adalah nadi kepada kestabilan sosial, politik dan ekonomi sesebuah negara, terutamanya bagi negara seperti Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk. Tanpa perpaduan yang kukuh, keharmonian hidup akan terjejas dan konflik antara kaum boleh tercetus. Malah, jika tidak ditangani dengan bijak, ketegangan kaum boleh mencetuskan ancaman terhadap keselamatan negara. Isu perpaduan nasional bukan sekadar wacana akademik atau slogan politik. Ia adalah keperluan mendesak yang mesti diberi perhatian serius oleh kerajaan…










