PENGIBARAN Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2025 di premis perniagaan didapati hambar sekali, malah hampir tiada langsung. Keadaan ini sebenarnya sudah lama wujud. Kali ini, ia menjadi lebih teruk kerana peniaga sengaja tidak mahu mengibarkannya atas alasan takut melakukan kesalahan. Antaranya memasang Jalur Gemilang secara terbalik. Ini kerana beberapa insiden seumpama itu berlaku berturut-turut semasa sambutan kali ini, malah turut menerima kecaman hebat daripada orang awam dan pihak-pihak tertentu.…










