PENJAWAT awam ibarat tunjang dan akar kepada sepohon pokok. Kukuhnya mereka memastikan negara terus teguh dan subur, walau diuji badai. Penjawat awam juga bukan hanya sekadar bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar kerajaan, namun menjadi penghubung antara rakyat dengan institusi kerajaan selain perlu memiliki nilai-nilai murni dan jati diri yang kukuh, rasa cinta serta sayang kepada tanah air merangkumi kesetiaan, keikhlasan juga kesanggupan berkorban demi kepentingan negara. Nilai ini perlu diterjemahkan melalui komitmen…










