MENJELANG tamatnya kontrak Tan Sri Razarudin Husain sebagai Ketua Polis Negara (KPN) pada Jun ini, pelbagai persoalan mula berlegar dalam kalangan masyarakat dan pemerhati keselamatan negara. Siapakah yang akan diamanahkan memegang jawatan tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)? Apakah kriteria sebenar yang harus menjadi pertimbangan utama dalam pemilihan ini? Nama-nama yang disebut sebagai calon termasuklah Timbalan KPN, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman…










