Hubungan antara Tanah Melayu dan China bermula lebih 600 tahun lalu apabila Kesultanan Melaka, menjalinkan hubungan diplomatik dengan Maharaja China. Peristiwa bersejarah ini membuka pintu kepada perdagangan rempah dan sutera yang membawa kemakmuran kepada kedua-dua negara. Salah satu peristiwa penting adalah hubungan rapat antara Laksamana Cheng Ho, seorang tokoh maritim terkenal dari China, dengan pemerintah Melaka. Melalui siri kunjungan Cheng Ho ke Melaka, China bukan sahaja berjaya menjalin hubungan diplomatik,…