DOLAR Amerika Syarikat (AS) selama ini berfungsi sebagai simbol kestabilan dan perlindungan dalam sistem kewangan antarabangsa. Ia menjadi mata wang rizab utama dunia kerana tahap keyakinan pelabur terhadap kekuatan ekonomi dan kestabilan dasar AS. Namun, perkembangan terkini menggambarkan gambaran yang jauh berbeza dan membimbangkan. Sejak mencatatkan paras tertinggi pada pertengahan Januari, nilai dolar jatuh lebih daripada sembilan peratus berbanding sekumpulan mata wang utama global. Lebih merisaukan, hampir separuh daripada kejatuhan…