Apabila memasuki bulan Ramadan, umat Islam yang merupakan penduduk majoriti negara ini mula berpuasa. Berpuasa bermakna, umat Islam tidak makan bermula waktu sahur sehingga waktu berbuka. Ringkasnya, umat islam kurang makan sepanjang bulan ramadan. Namun di Malaysia, keajaiban berlaku kerana bulan Ramadan yang sepatutnya umat Islam banyak beribadah dan kurangkan makan, tetapi yang berlaku sebaliknya. Rekod menunjukkan sepanjang bulan Ramadan , berlaku pembaziran makanan. Pembaziran makanan merujuk kepada pembaziran atau…