Tahun 2025 dijangka sebagai tahun untuk bergerak pantas dan berlari seiring dengan perkembangan dalam sains dan teknologi. Manusia kini tidak hanya bersaing sesama sendiri bagi mendapatkan tempat, bahkan terpaksa bersaing pula dengan kecerdasan buatan (AI). Realiti ini pahit, namun terpaksa ditelan. Anak-anak muda semakin sukar mendapat pekerjaan yang setara dengan kepandaian mereka. Satu masa dahulu, mendapat tawaran belajar di universiti dirai seisi kampung kerana tidak ramai yang mendapat peluang tersebut.…










