DALAM landskap politik Malaysia, perdebatan dan perbezaan pandangan adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, apabila sempadan kritikan dilangkaui hingga membawa kepada fitnah, ia tidak hanya mencemarkan nama individu tetapi juga merosakkan keharmonian politik dan masyarakat. Sejarah politik Malaysia tidak terlepas daripada kes-kes fitnah yang melibatkan ahli politik dari pelbagai latar belakang. Kes paling baharu membabitkan Dr. Siti Mastura Muhammad, Ahli Parlimen Kepala Batas dari Pas, yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi…