PERKEMBANGAN politik dalam kalangan kaum India di Malaysia semakin menarik perhatian penganalisis politik dalam negara malah luar negara. Media sosial saban hari menularkan siaran-siaran terhadap kemungkinan besar nakhoda kapal MIC akan menukar haluannya dalam laut politik yang bergelora dan tidak stabil. Meskipun MIC mencapai prestasi yang cemerlang atau calon-calon MIC menang 100 peratus dalam pilihan raya sejak PRU7, gelombang Hindraf yang tercetus pada tahun 2007 bukan sahaja mengubah kerangka politik…