BELIA tiang negara merupakan ungkapan keramat yang sering berlegar di ruang minda kita. Belia menjadi tulang belakang negara dalam mentransformasikan agenda negara. Mereka merupakan pemaju dan peneraju produktiviti negara. Pelibatan golongan ini secara langsung dan tidak langsung menjadi batu asas pertumbuhan ekonomi, sosial dan politik negara. Tetapi adakah belia kini setanding dengan arus pembangunan negara atau sekadar mengisi angka-angka dalam statistik penduduk negara? Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia, sehingga Disember…