Frasa tipu sunat atau bohong sunat sering digunakan masyarakat Melayu sejak dahulu. Malah, dalam konteks negara kita, rangkai kata itu turut difahami dan digunakan masyarakat pelbagai kaum. Sekiranya diteliti, maksud yang terkandung dalam frasa tipu sunat juga terdapat dalam pelbagai budaya di seluruh dunia. Sekadar contoh, dalam bahasa Inggeris digunakan alasan white lie apabila kita menipu atau berbohong bagi mengatasi masalah. Ternyata tindakan bohong sunat tidak sama dengan berbohong yang…










