HARI ini berlangsung majlis gilang gemilang Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balairung Seri, Istana Negara. Majlis bersejarah yang penuh istiadat ini amat penting khasnya dari sudut sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang diamalkan di negara kita. Dari sudut sejarah, ia memperlihatkan sifat permuafakatan dan perpaduan dalam kalangan raja-raja Melayu bagi membentuk sebuah negara persekutuan. Kita semua beruntung…