SETELAH lebih enam bulan memegang jawatan Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh buat pertama kalinya dan dengan tanpa sebarang publisiti menjejakkan kaki ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk memberikan syarahan peringatan Profesor Emeritus Ahmad Ibrahim ke-20 kepada pelajar dan pensyarah undang-undang pada 7 Mac lalu. Syarahan Ahmad Terrirudin amat mengujakan sekali bagi pelajar mahupun lulusan undang-undang seperti saya. Buat pertama kalinya juga hadirin berkesempatan menghayati Perkembangan Pejabat Peguam…










