PINDAAN terbaharu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini bukan saja memperluas ruang kebebasan dan hak mahasiswa yang dinantikan selama ini malah boleh turut menyumbang ke arah melahirkan bakal graduan dan pemimpin masa hadapan yang lebih berdaya tahan dan bertanggungjawab. Pindaan kali ini membabitkan Seksyen 15 dan 16B AUKU serta Seksyen 48(4), Seksyen 48(11), Seksyen 48(12) dan Seksyen 49(2) Jadual Pertama AUKU. Tahniah…










