TUNTUTAN untuk mewujudkan ekosistem kerjaya yang selesa serta kondusif bagi membolehkan setiap golongan pekerja di negara ini menikmati keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan (work-life balance) dilihat semakin meningkat mutakhir ini. Situasi kerja yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyumbang kepada masalah tekanan mental yang serius kepada pekerja, justeru perkara ini tidak harus dipandang ringan oleh mana-mana organisasi. Natijahnya, isu kesihatan mental menjadi antara punca utama yang menjejaskan kesejahteraan fizikal dan…










