PENEMPATAN satu peratus Orang Kurang Upaya (OKU) dalam sektor awam sudah diperkenalkan melalui Pekeliling Perkhidmatan 10/1988 dan Akta OKU 2008 (Akta 685). Pun begitu setelah hampir 36 tahun sektor awam masih gagal mencapai sasaran tersebut. Sesuatu yang menyedihkan apabila Jabatan Perkhidmatan Awam melaporkan pada 2022 kesemua kementerian kecuali Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, gagal mematuhi dasar penempatan satu peratus OKU di dalam sektor awam. Paling menyedihkan apabila pentadbiran Kerajaan…










