KHAMIS lalu, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, mempertahankan tulisan beliau pada 28 Disember 2022 bertajuk Ramai juga yang turut terkejut! yang ditegur kerana dikatakan mengandungi banyak pernyataan bombastik yang kabur dan tidak disertakan dengan perincian atau fakta. Contoh pernyataan dalam tulisan Dzulkifli yang dikatakan menimbulkan persoalan ialah perasuah teman setia terus bersemi, rasuah membentengi perpaduan, ada yang alpa akan janji lama, cakap…










