UNTUK penyertaan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) pada pusingan 2022, seluruh dunia dihempas dengan serangan pandemik Covid-19 yang menyebabkan sekolah ditutup begitu lama. Untuk kali pertama, persekolahan berubah serta-merta dengan murid dipaksa untuk belajar secara jarak jauh tanpa mengira status sosioekonomi. Daripada keseluruhan penyertaan bagi mengukur penguasaan literasi bacaan, saintifik dan matematik, banyak negara terjejas teruk. Untuk literasi Matematik, 58 buah negara merosot. Bagi literasi saintifik pula 36 buah negara…










