DI penghujung 2023 lalu, beberapa isu berlegar-legar dalam media sosial yang hangat diperkatakan netizen. Banyaklah ‘pakar-pakar’ tidak bertauliah memberi komen sama ada menyokong atau membangkang. Sebagai sebuah negara demokrasi, rakyat Malaysia bebas memberi pandangan mengenai sesuatu isu tetapi mesti dalam ruang lingkup dibenarkan oleh undang-undang. Janganlah seperti kata pepatah, kerana mulut badan binasa. Namun, kini bukan hanya kerana mulut semata-mata akan binasa tetapi jari jemari yang membuat hantaran di media…