KENYATAAN bahawa etnik bukan Melayu waima selaku warganegara tiada kesetiaan yang tuntas kepada negara ini bukan sahaja menimbul polemik hangat tetapi dibantah keras oleh banyak pihak, apatah lagi ia dirujuk secara khas kepada etnik tertentu. Kenyataan itu sebetulnya ada kebenarannya dan tidaklah juga salah sepenuhnya. Begitu dengan kenyataan balas daripada etnik bukan Melayu yang juga ada kedua-dua benar dan tidaknya. Kenyataan balas yang mengatakan bahawa etnik bukan Melayu, baik Cina…










