PENGUMUMAN rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri baru-baru ini meletakkan satu harapan baharu kepada saya yang sudah berpengalaman luas dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khususnya sektor pertanian dan perladangan. Sedikit kelegaan dan menyimpan harapan baharu apabila beberapa tokoh yang saya kenali secara peribadi dilantik menerajui beberapa kementerian berkaitan kerangka kerja saya seperti Steven Sim Chee Keong (Menteri Sumber Manusia), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (Menteri Pendidikan Tinggi)…










