ADA pihak memperkecilkan majoriti 37,220 undi diperoleh calon Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman dengan menyifatkannya tidak sebesar majoriti sebahagian calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022. Calon-calon PH ini seperti Gobind Singh Deo yang menang majoriti 124,619 undi di Damansara, V. Ganabatirau majoriti 91,801 undi di Klang, Datuk Seri Mohamad Sabu majoriti 73,998 undi di…










