BARU-BARU ini, rayuan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap pembatalan pengoperasian sekolah vernakular dan penggunaan Mandarin serta Tamil sebagai bahasa pengantar telah ditolak. Keputusan tersebut turut memuktamadkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) adalah sah di sisi undang-undang dan dilindungi Perlembagaan Persekutuan. Susulan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) menyambut baik keputusan mahkamah rayuan tersebut seperti diperjelaskan oleh Timbalan Menterinya, Lim Hui Ling dalam sidang Parlimen tempoh hari. Ini…










