PADA setiap kali musim tengkujuh, kehadiran pelancong domestik ke Terengganu berkurangan kerana kebanyakannya bimbang sekiranya terperangkap dalam banjir ketika melancong di negeri itu. Persepsi negatif tersebut menghantui pemain-pemain industri pelancongan di Terengganu sejak sekian lama walaupun situasi kejadian banjir sebenarnya tidak seperti yang dimomokkan. Kebiasaannya kejadian banjir di negeri itu hanya melanda beberapa kawasan yang telah dikenal pasti melibatkan daerah-daerah tertentu. Kebimbangan pelancong bercuti di Terengganu pada musim Monsun Timur Laut (MTL) agak ketara apabila jumlah tempahan bilik hotel dan inap desa merosot dari November hingga Mac pada setiap tahun.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya