SETIAP kali menjelang tarikh 1 Januari, ramai yang membanjiri kawasan terbuka seperti Dataran Merdeka, KLCC dan Putrajaya. Tujuannya menyambut kedatangan tahun baharu Masihi. Ada yang sanggup menggendong anak kecil menunggu detik 12 tengah malam semata-mata mahu memeriahkan sambutan tahun baharu. Selain kemeriahan sambutan di Dataran Merdeka dan KLCC, sambutan-sambutan lain yang turut dirancang adalah di negeri-negeri termasuk di Dataran Pengkalan Rama, Melaka yang pada masa sama turut melancarkan Tahun Melawat…