BARU-BARU ini, satu lagi parti politik baharu, Parti Rakyat India Malaysia (PRIM) ditubuhkan oleh sekumpulan bekas ahli-ahli MIC. Penaja serta ahli-ahli parti baharu ini terdiri daripada bekas sayap Pemuda MIC. Parti politik baharu ini ditubuhkan kononnya untuk mewakili suara kaum India terutama golongan muda dalam politik serta kerajaan. Persoalannya, apakah tidak cukup parti-parti politik sedia ada bagi mewakili mereka dalam medan politik negara? Apakah kemampuan kepimpinan serta parti politik baharu…










