SELURUH warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mempunyai sebab untuk merasa puas dan selesa selepas menamatkan Istiadat Konvokesyen Ke-13 yang berlangsung selama empat hari berturut-turut bermula 4 hingga 7 November lalu. Dewan Tuanku Canselor UMK di Bachok menyaksikan semua upacara berjalan lancar, meriah dan segar. Bergema dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian. Melonjak semangat baharu, tersimpuh rasa bangga dan syukur selain optimis untuk terus bergerak maju menggapai kecemerlangan. UMK berada di landasan…