FASA negara memasuki Monsun Timur Laut (MTL) menyaksikan beberapa negeri mula dilanda banjir dan ini disusuli amaran hujan lebat berterusan serta ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bahawa dalam tempoh November hingga Mac tahun depan, empat hingga enam episod hujan lebat bakal berlaku. Situasi ini mula mencetuskan kegusaran dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Justeru, bagi mengelak sebarang musibah yang serius, diharap semua pihak dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi segala kemungkinan…