MUKTAMAR Pas ke-69 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, Selangor yang berlangsung selama tiga hari sudah berlalu. Tidak banyak perkara bermakna terhasil daripadanya. Paling diingat, sikap bongkak dan takbur holier than thou Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menggelar kerajaan perpaduan, tong najis. Sebelum ini, bila konsep Malaysia Madani diperkenalkan, beliau menepisnya dengan menyatakan kerajaan perpaduan disertai kalangan yang dipertikai integritinya. Disebutkan perihal ia dianggotai oleh bekas…